Blog Unit P6 P7 MPIP

Pengumpulan Rakan-Rakan Opsyen Agama
random header image

Doa Parking Pergi Shoping..

Assalamualaikum wbt dan salam Berbuka..

Bertemu lagi dengan tajuk yang suka ustazah nak kongsikan pada kali ini. Dan ustazah sangat pasti dan yakin ramai yg akan sukakannya. Tajuk kali ini ialah “DOA PARKING”

Kini semua orang sudah dapat gaji (kalau tak salah lah), kakitangan kerajaan pun sudah menerima gaji pada 25hb yang lalu. Jadi sudah semesti ingin pergi bershoping atau membeli belah membeli keperluan raya seperti baju raya, kasut raya, songkok raya dll bagi mengelakkan kesesakan yg sering berlaku bila tiba hampir hari raya.

Moga doa yang ustazah kongsikan disini dapat digunakan pakai, maklumlah tentu ramai yang akan pergi membeli belah jadi parking pun menjadi faktor utama dalam agenda membeli belah. Kalau takde parking macamana… mana nak letak kereta kita. silap letak nanti kena saman pula. Satu hal pulakkk..!

Dari rumah lagi kita kena berniat, dan membaca doa. baca basmalah terlebih dahulu dan kemudian bacalah doa ini “Allahumma inni as alu parking” yg bermaksud Ya Allah Aku mohon parking. InsyaAllah jika dibaca dgn yakin semua urusan pergi shoping akan menjadi mudah parking dapat kereta pun selamat.

Sekian dahulu buat kali ini, selamat ber..shoping! Ingat beli barang yg perlu sahaja ya kawal nafsu berbelanja tu sikit.

Wassalam

-ustazah azimah-

Post a Comment

Your email is never published nor shared. Gravatars are supported; if you do not have one, a default image will be used instead. Required fields are marked *.

*
*