Blog Unit P6 P7 MPIP

Pengumpulan Rakan-Rakan Opsyen Agama
random header image

Keistimewaan Malam Nisfu Syaaban..

Assalamualaikum wbt dan salam nisfu syaaban

Bertemu lagi kita pada catatan kali ini sempena kita menyambut peristiwa besar bagi seluruh umat Islam sedunia iaitu malam Nisfu Syaaban.

Disini suka ustazah kongsikan pesanan Nabi Muhammad saw tentang Nisfu Syaaban ini.

Baginda Rasullullah sendiri telah menggalakkan kita agar beramal pada malam kemuliaan nisfu syaaban dengan sabdanya:

Ertinya : ” Apabila tiba malam Nisfu Syaaban , maka hendaklah kalian bangun pada malamnya (melakukan ibadat) dan berpuasa pada siangnya, ini kerana Allah swt (turun merahmati hamba-hambaNya) pada malam tersebut mulai dari terbenamnya matahari ke langit dunia. Allah swt berfirman ” Adakah dari kalangan hamba-hambaKu yang memohon keampunan, maka akan Ku ampunkannya. Adakah dari kalangan mereka yang memohon rezeki , maka akan Ku turunkan rezeki untuknya. Adakah dari kalangan mereka orang yang ditimpa bala, maka akan Ku sejahterakannya. Adakah dari kalangan mereka yang begini dan adakah dari kalangan mereka yangt begini sehinggalah terbit Fajar “.

Disini juga ustazah catatkan Doa Rasullullah pada malam Nisfu Syaaban :

Ertinya : ” Aku berlindung dengan keampunan-Mu daripada balasan seksaan-Mu, aku berlindung dengan keredhoan-Mu daripada kemurkaan-Mu dan aku berlindung dengan-Mu daripada-Mu kepada-Mu, Tidak terhitung pujian ke atas-Mu,Engkau adalah sebagaimana pujian-Mu ke atas Zat-Mu”.

Moga catatan ini memberi manfaat kpd semua pembaca InsyaAllah.
Wassalam
KARYA : USTAZAH AZIMAH

Post a Comment

Your email is never published nor shared. Gravatars are supported; if you do not have one, a default image will be used instead. Required fields are marked *.

*
*