Blog Unit P6 P7 MPIP

Pengumpulan Rakan-Rakan Opsyen Agama
random header image

Selamat Hari Raya, Maaf Zahir & Batin

Admin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidil Fitri buat semua rakan2 opsyen Agama Unit P6 dan P7.

Bagi yeng ingin pulang ke kampung masing2 berhati2lah ketika memandu, ingatlah orang yang tersayang.

Semoga perjalanan lancar dan selamat sampai ke destinasi yang dituju.

sekian, Terima Kasih.

Penetapan Tarikh Re-Union

Dengan ini telah dipersetujui dan ditetapkan bahawa Tarikh Majlis Re-Union P6P7 akan diadakan seperti berikut:

Tarikh      : 19hb Disember 2009(sabtu)

Masa        : 3.00pm-5.00pm

Tempat    : Hotel Seri Malaysia Ipoh, Perak

Acara       : Jamuan Hi-Tea

Pada keesokkan harinya sesiapa yg berkelapangan kita semua akan pergi ke Taman Tema Air di Lost World of Tambun.

Sesiapa yg berminat untuk turut serta sahkan kedatangan/kehadiran anda di borang komen ya.

-admin@azie-

Doa Parking Pergi Shoping..

Assalamualaikum wbt dan salam Berbuka..

Bertemu lagi dengan tajuk yang suka ustazah nak kongsikan pada kali ini. Dan ustazah sangat pasti dan yakin ramai yg akan sukakannya. Tajuk kali ini ialah “DOA PARKING”

Kini semua orang sudah dapat gaji (kalau tak salah lah), kakitangan kerajaan pun sudah menerima gaji pada 25hb yang lalu. Jadi sudah semesti ingin pergi bershoping atau membeli belah membeli keperluan raya seperti baju raya, kasut raya, songkok raya dll bagi mengelakkan kesesakan yg sering berlaku bila tiba hampir hari raya.

Moga doa yang ustazah kongsikan disini dapat digunakan pakai, maklumlah tentu ramai yang akan pergi membeli belah jadi parking pun menjadi faktor utama dalam agenda membeli belah. Kalau takde parking macamana… mana nak letak kereta kita. silap letak nanti kena saman pula. Satu hal pulakkk..!

Dari rumah lagi kita kena berniat, dan membaca doa. baca basmalah terlebih dahulu dan kemudian bacalah doa ini “Allahumma inni as alu parking” yg bermaksud Ya Allah Aku mohon parking. InsyaAllah jika dibaca dgn yakin semua urusan pergi shoping akan menjadi mudah parking dapat kereta pun selamat.

Sekian dahulu buat kali ini, selamat ber..shoping! Ingat beli barang yg perlu sahaja ya kawal nafsu berbelanja tu sikit.

Wassalam

-ustazah azimah-

Rakan kita – Shamsul Yusak

Assalamualaikum dan salam ramadhan.

Seperti yang dijanjikan admin post kan gambar rakan kita.

* Cehhh…posing baik punya macam james bond je tuuu…

* Nie nak mintak rekemen kerja sambilan kot sebagai pelakon tambahan.. :)

P/s: klik pada gambar untuk paparan lebih besar.

Cadangan Tarikh Re-Union

Assalamualaikum wbt dan salam Ramadhan..

Catatan pada kali ini berfokus tentang Cadangan Tarikh Re-Union untuk unit P6 dan P7.
Butiran adalah seperti berikut:

Nama Majlis : Majlis Hi Tea (re-union)
Tempat : Hotel Seri Malaysia, Ipoh, Perak.
Masa : 3.00pm-5.00pm
Tarikh : 19hb Disember (sabtu) / 20hb Disember 2009(ahad)
selepas gaji bulan Disember 2009 18hb cuti awal muharram.
Aktiviti keesokan harinya boleh le kita semua membawa anak2 bermain ke Taman Tema Air Lost World of Tambun.
Ataupun ke Cameron Highland kerana dari Ipoh sudah ada jalan pintas ke sana melalui Spg Pulai perjalanan memakan masa cuma 45minit sahaja.

Sesiapa yg datang dari jauh bolehlah menginap di Hotel Seri Malaysia. Atau kita tidur semua di hotel Cameron Highland.

Pilih le yg mana satu nak g mandi manda atau makan strawbery

Selanjutnya hubungi admin @ azie.

Gambar kenangan kelas P6 P7


* Klik gambar untuk besarkan.

Gambar kelas P6.


* Klik gambar untuk besarkan.

Gambar kelas P7.

Azie: gambarku takda la.. mungkin masa nie gambar nie aku yang tangkap.


* Klik gambar untuk besarkan.

Ni pula gambar jejaka-jejaka hensem P7 :)

P/s: harap maaf gambar2 tak berapa jelas, maklum lah dah lama, scan pulak tu.. :D

Keistimewaan Malam Nisfu Syaaban..

Assalamualaikum wbt dan salam nisfu syaaban

Bertemu lagi kita pada catatan kali ini sempena kita menyambut peristiwa besar bagi seluruh umat Islam sedunia iaitu malam Nisfu Syaaban.

Disini suka ustazah kongsikan pesanan Nabi Muhammad saw tentang Nisfu Syaaban ini.

Baginda Rasullullah sendiri telah menggalakkan kita agar beramal pada malam kemuliaan nisfu syaaban dengan sabdanya:

Ertinya : ” Apabila tiba malam Nisfu Syaaban , maka hendaklah kalian bangun pada malamnya (melakukan ibadat) dan berpuasa pada siangnya, ini kerana Allah swt (turun merahmati hamba-hambaNya) pada malam tersebut mulai dari terbenamnya matahari ke langit dunia. Allah swt berfirman ” Adakah dari kalangan hamba-hambaKu yang memohon keampunan, maka akan Ku ampunkannya. Adakah dari kalangan mereka yang memohon rezeki , maka akan Ku turunkan rezeki untuknya. Adakah dari kalangan mereka orang yang ditimpa bala, maka akan Ku sejahterakannya. Adakah dari kalangan mereka yang begini dan adakah dari kalangan mereka yangt begini sehinggalah terbit Fajar “.

Disini juga ustazah catatkan Doa Rasullullah pada malam Nisfu Syaaban :

Ertinya : ” Aku berlindung dengan keampunan-Mu daripada balasan seksaan-Mu, aku berlindung dengan keredhoan-Mu daripada kemurkaan-Mu dan aku berlindung dengan-Mu daripada-Mu kepada-Mu, Tidak terhitung pujian ke atas-Mu,Engkau adalah sebagaimana pujian-Mu ke atas Zat-Mu”.

Moga catatan ini memberi manfaat kpd semua pembaca InsyaAllah.
Wassalam
KARYA : USTAZAH AZIMAH

Sesi mengumpulkan no telepon rakan2

Alhamdulillah , semua dah ok. Hari ini admin dapat mengumpulkan no telepon rakan2 kita dari unit P6 dan P7. Itu je yg dapat setakat ini. Kalau ada lagi bgtau je pd admin ya. Seronok juga admin pun sudah dihubungi oleh rakan lama hari ini iaitu Zaipah Apla kata nya dia berada di terengganu negeri kelahiran beliau. Sudah berkahwin dan mempunyai 4 orang cahaya mata. Tahniah. Semoga dgn terbinanya blog ini akan ada le rakan2 kita yang lain akan berkumpul.

Sesiapa yg nak menyumbang artikel bolehlah menghantarkannya ke email azieisma@gmail.com

Wasalam

-admin@azie-

Sessi pembinaan..

Alhamdulillah setakat ini dulu yang mampu admin catatkan. pada post yg pertama ini. Harap semua rakan2 akan bertemu dan berkumpul di sini suatu waktu nanti. Demi menyambung silaturrahim admin luangkan masa utk sessi pembinaan blog ini. Semua berjalan lancar. Akan dikemaskini lagi demi penambahbaikan. Terima kasih kepada rakan2 yang mempercayai kebolehan admin, semuanya dilakukan kerana Allah swt jua. Admin harap tidak akan mengecewakan rakan2 semua.

Semoga rakan2 berada dalam keadaan yang sihat. Selamat berpuasa sunat syaaban.

Wassalam

-admin@azie-